Showing posts with label faa (;. Show all posts
Showing posts with label faa (;. Show all posts

Friday, March 6, 2009

SUMBANGAN INDIVIDU BAGI MENGEKALKAN BUDAYA MALAYSIA (;



Seseorang itu boleh mengekalkan budaya Malaysia dengan :

  • Mempelajari sesuatu budaya supaya boleh diwariskan
  • Mengajar untuk memperkembangkan sesuatu budaya
  • Turut serta dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan
  • Mempromosikan budaya melalui penulisan dan iklan
  • Mendokumentasi budaya Malaysia untuk diwariskan dan menjadi rujukan generasi akan datang



Antara tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam mengekalkan budaya Malaysia ialah :


Allahyarham Yang Amat Berbahagia Datin Seri Endon Mahmood



  • Menggalakkan pemakaian batik dan songket dalam kalangan kakitangan awam pada majlis-majlis rasmi
  • Mempromosikan pemakaian batik Malaysia


Encik Abdullah bin Muda


  • Memajukan industri bot tradisional Melayu



Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)



  • Mengekalkan dan memajukan muzik irama Malaysia




Penyertaan dalam memartabatkan seni bukan sahaja menjadi tanggungjawab individu sebaliknya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan




KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA MALAYSIA (;

Mengekalkan warisan budaya merupakan tanggungjawab yang harus dipikul bersama-sama oleh setiap individu, masyarakat dan kerajaan.


Warian budaya perlu dikekalkan untuk :

  • Mengenalkan dan mewariskan budaya kepada generasi akan dating
  • Memelihara dan memulihara warisan negara
  • Memperkenalkan semula seni yang hamper pupus kepada generasi muda
  • Menjana ekonomi negara
  • Membentuk jati diri bangsa Malaysia

JENIS WARISAN (;

WARISAN KETARA
Sesuatu yang kekal dilihat dan boleh dipegang sama ada statik atau mudah alih masuk :
  • Monumen dan bangunan
  • Artifak
  • Tapak tanah bersejarah
  • Alam semulajadi

WARISAN TIDAK KETARA
Warisan tidak nyata seperti ilmu dan kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan termasuk :
  • Acara perayaan
  • Seni tampak
  • Seni persembahan
  • Seni perubatan
  • Permainan tradisional
  • Ritual/kepercayaan