Monday, March 2, 2009

WARISAN (;


Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya yang menggambarkan pola kehidupan masyarakat pelbagai kaum. Keunikan seni budaya di Malaysia seperti makyung, tarian singa, tarian kathak, tarian bhangra, wayang kulit, batik serta songket perlu dipertahan dan diperkukuh sebagai warisan kepada generasi muda.



Menurut Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, warisan ialah sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi ke satu generasi. Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan kerana warisan tersebut menggambarkan cara hidup dan jati diri sesuatu bangsa.

No comments:

Post a Comment