Friday, March 6, 2009

SUMBANGAN INDIVIDU BAGI MENGEKALKAN BUDAYA MALAYSIA (;



Seseorang itu boleh mengekalkan budaya Malaysia dengan :

  • Mempelajari sesuatu budaya supaya boleh diwariskan
  • Mengajar untuk memperkembangkan sesuatu budaya
  • Turut serta dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan
  • Mempromosikan budaya melalui penulisan dan iklan
  • Mendokumentasi budaya Malaysia untuk diwariskan dan menjadi rujukan generasi akan datang



Antara tokoh yang telah memberikan sumbangan dalam mengekalkan budaya Malaysia ialah :


Allahyarham Yang Amat Berbahagia Datin Seri Endon Mahmood



  • Menggalakkan pemakaian batik dan songket dalam kalangan kakitangan awam pada majlis-majlis rasmi
  • Mempromosikan pemakaian batik Malaysia


Encik Abdullah bin Muda


  • Memajukan industri bot tradisional Melayu



Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)



  • Mengekalkan dan memajukan muzik irama Malaysia




Penyertaan dalam memartabatkan seni bukan sahaja menjadi tanggungjawab individu sebaliknya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan




1 comment:

  1. ta de ker pengenalan jnis2 warsan..contohnyer cam ritual/kepercayaan ape pengenalan dea???

    ReplyDelete