Friday, March 6, 2009

AGENSI KERAJAAN DAN WARISAN BUDAYA (;

Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya Negara:


  1. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
    • Merancang, mengumpul dan mengedar bahan da informasi seni dan budaya
    • Memberi khidmat nasihat, bantuan kepakaran dan kewangan kepada badan bukan kerajaan.

  1. Jabatan Arkib Negara Malaysia.
    • Mengumpul, memperoleh dan menyimpan rekod Negara.
    • Memelihara bahan-bahan arkib seperti Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Abdul Razak.

  1. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA)
    • Pusat pengajian kesenian, kebudayaan dan warisan.
    • Melahirkan karyawan, seniman dan penggiat seni.

  1. Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
    • Sebagai pusat sumber warisan Negara.
    • Menyelidik, mengumpul, mengekal dan menyebar ilmu pengetahuan. melalui pameran.

  1. Jabatan Warisan Budaya.
    • Menggubal akta.
    • Mengumpul dokumentasi.
    • Menyelidik, memelihara dan membangunkan warisan.

  1. Istana Budaya.
    • Mementaskan seni persembahan (teater, tarian, muzik)

  1. Perbadan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. (FINAS)
    • Membangunkan industri perfileman negara.

  1. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
    • Membangunkan dan mempromosikan perusahaan kraf.

  1. Perpustakaan Negara Malaysia.
    • Pusat pengumpulan, pendokumentasian dan pemuliharaan sumber-sumber ilmu Negara.

10. Balai Seni Lukis Negara.

    • Mengumpul, memelihara, memulihara, mempamir, mempromosikan, memupuk kesedaran dan penghayatan seni kepada seluruh masyarakat.



Antara program dan aktiviti yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dalam mengekalkan warisan budaya Malaysia ialah:

  • Program Merakyatkan Seni Budaya.

  • Program Mendekati Rakyat

  • Program Rumah Terbuka

  • Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

  • Pertandingan permainan tradisional

  • Progam Pembangunan Usahawan Kraf

  • Persembahan teater

  • Anugerah Seni Negara

  • Pembudayaan tulisan jawi.

No comments:

Post a Comment